Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham, atau dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenal dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang sains, falak, matematika, geometri, pengobatan, dan filsafat. Beliau banyak pula melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan mikroskop serta teleskop...
1.
Masa ilmuwan - ilmuwan Islam
Islam
sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur dan memundurkan. Islam
juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai
lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar
tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah
telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana
dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik,
kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, pengobatan, dan sebagainya. Salah satu
ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak
sekedar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, tetapi dalam masa
yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun
tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan pengobatan tetapi dia juga
memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan sebagainya.
Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya
Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al - Haitham.
2.
Perjalanan hidup
Dalam
kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu
Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masehi.
Beliau memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai
pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan
pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan
Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian
pada penulisan.
Kecintaannya
kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana beliau telah
mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan
saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan falak.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan
menuju Universitas Al - Azhar.
Hasil
daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang
sains, falak, matematik, geometri, pengobatan, dan falsafah. Tulisannya
mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang
pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai pengobatan mata telah
menjadi asas kepada pengajian pengobatan modern mengenai mata.
3.
Karya dan Penelitian
Ibnu
Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya
mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,
Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang
pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa
buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak
membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari
serta bayang bayang dan gerhana.
Menurut
Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah
di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada
di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya
menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu
Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ
terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis
di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.
Yang
lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara
sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun
kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum
Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa
manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur
telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar.
Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya
disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat
kita tontoni pada masa kini.
Ø Filsafat
Selain
sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik,
dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan
ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.
Penulisan
falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi
pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara
berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau
juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan
kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi,
pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.
Bagi
Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan
ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk
menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya.
Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut
mengalami kemerosotan.
Ø Karya
Ibnu
Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan
mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya
menghasilkan banyak buku dan makalah. Antaralain buku yang termasuk karyanya :
·
Al ' Jami ' fi Usul al ' Hisab yang
mengandungi teori - teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya.
·
Kitab al - Tahlil wa al ' Tarkib mengenai ilmu
geometri.
·
Kitab Tahlil ai 'masa’ il al ' Adadiyah tentang algebra.
·
Maqalah fi Istikhraj Simat al ' Qiblah
yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau.
·
M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan
geometri dalam urusan hukum syarak.
·
Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai
teknik penulisan puisi.
Sumbangan
Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu
Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya
dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan
sehingga ke hari ini.
Kamera Obscura (dalam bahasa Latin
berarti kamar gelap), pengembangan hasil penemuan Ibnu Al Haitham yang
didasarkan atas prinsip menangkap pantulan cahaya dari sebuah benda.